Wednesday 20 August 2014

Muhasabah*(ITBM)

Kau tak pernah terlambat
demi kebaikan tak ada terlambat
telah berlalu adalah pengisian
perjuangan pembaikan mendatang.

Kini bergolak ke arahmu
diterbangkan angin benua jauh
dihanyutkan ke tebing
Pulau sepi di samudera lautan.

Segalanya terangkat kerana doa
kau cari waktu terindah
hamparkan doamu
di pagi malam yang tenang.

Doa adalah kekuatan anugerah
senjata tak mencederai
ketika samawi merenjis salam
sukmamu tersentuh menawan.

Rahsia jawaban kepada doamu
mengalir dari sukma ke hujung lidah
bagaikan kembang Kenanga malam hari
harumnya kepuasan abadi.

Tawajuh ini membawa doa-doa
berkembang dalam sukma mutaki
waktu tak ada takaran meraih
rimbunan kurnia-Mu.


*ITBM Jun 2015





No comments:

Post a Comment