Friday 1 August 2014

Dunia Tak Akan Bertindak Dan Menegur Israel (Palestine)

Sekarang kita di alaf 21
tapi tindakanmu masih buas dan kejam
samasekali kau tak peduli
kerana kau tau dunia tak akan bertindak
dan menegurmu.

Kau mau lakukan apa saja
amat memalukan
membunuh lalu menutupinya
dengan propaganda
membenarkan tindakannya.

Kau adalah bangsa
suatu masa dulu kau disayangi Tuhan
tapi, kemudian, berkali-kali
sombong dan bongkak
sekalipun Tuhan telah meninggalkanmu
tapi, kau masih beriya-iya.

Israel, kau bangsa yang tak
boleh berkembang
dari dulu nombormu masih
13.3 juta
dan kau tak berkembang.

Netanyahu, kau masih berdegil
Kedegilanmu melukakan dunia
dan dendammu membawa padah.
Dapatkan kau tidur di singgahsanamu
sedangkan soldadumu menembak
dan menghancurkan kepala anak-anak
dan membunuh sekali ibu yang panik
pembunuhan beramai-ramai penuh grafik.

Di runtuhan Tanah Gaza
dan dinding-dinding tembuk
anak-anak Palestine melukis grativiti
'Kami akan ingat selama-Kejahatan
dan Kebiadapanmu.'
Tapi, sekarang, tekad anak-anak Palestine
mempertahankan Gaza  
sambil mengerat-gerat serambi darahmu
dan sambil menunggang Kuda Semberani
melepaskan panah tepat ke jantungmu.

Bara matamu memercik dendam
suara perintahmu kehilangan kuasa
kau tak malu menggugurkan berton-ton
bom dan menghancurkan kepala dan tubuh
anak-anak dan wanita Palestine.

Tiap kekejaman tentu ada reaksi
Kau tak akan sendiri menanggung
kepedihan.
Tiap maut yang ditimpahkan Israel
akan kembali kepadanya.



                                                                                                                                                    


No comments:

Post a Comment