Monday, 25 August 2014

Hari telah Di hujung Tanjung*(Ketuhanan)

Kau masih bertanya
apa yang telah dilakukan
pada siang hari merayau
bulan telah berselindung
membiarkan lautan tenang

Tanpa kausedari
hari di hujung tanjung
menconteng dinding sukma
melangkar harapan
kau terjebak
dalam gaung gelap

Siangmu bertukar
menjadi butir pasir
malammu bertukar
menjadi kotak mimpi
suaramu mulai
kepayahan dimengerti
musuhmu tak pernah
mendengarkanmu.

Ketenteraman telah
menghimpun kata-kata
langit telah berubah.