Wednesday 9 July 2014

Tazkirah diri Malam Ramadan

Aku telah memanggilmu
gema suaraku melantun sampai
ke rumahmu di hujung kota.
Kau pun tak dapat berdalih
matari telah menukar wajah
langit dan laut kepulauanmu
setenang Nabalu ketika mendung
telah berangkat.

Pengembala kambing
bimbang tak sudah
Mengapa kambing makan rumput
di kebun orang.

Di lereng bukit
ia memanggil binatang ternaknya
Yang jelas, tak mungkin tersesat
kerana kambing-kambingnya
biasa pulang sendiri.

Sekarang musim memburu
daging hewan buruan mendapat
tempahan tinggi, apalagi kambing liar
di lereng bukit.

Yang nyata sudah lama hutan
bertukar wajah, bukit gondol.
Binatang liar telah menjauh
ke hutan jati dekat sempadan.

Kau telah pulang ke lubukmu
air telah pasang dalam
kapal telah menarik sauhnya
mulakat di lain purnama.






No comments:

Post a Comment