Aku tak pulang kampung
kerana memang aku tak punya kampung
di rumah sewa ini
adalah rumah kampungku.
Orang mabuk membelah-belah
raya di ambang pintu
aku masih duduk
menonton kegilaan
orang pulang dari shooping.
Orang beraksi di depan cermin
aku makan durian
musim durian turun RM$1.00 sekilo
Orang marah-marah
traffik berjela-jela
aku menarik nafas
tak berkata apa-apapun.
Peti suratku kosong
tak ada kad tahun ini
tak apa-apa.
Aku biasa sendiri
masa begini
aku masih merindukan ma.
No comments:
Post a Comment