Sunday 6 July 2014

Ramadan, Pemburu Malam Telah Dikurung*

Ke mana bintang-bintang
mataku tak dapat menembusimu
jerebu telah seperti awan tebal
dibawa angin malam

Pintu pagar telah dibuka lebih awal
malam ini sekawan burung terbang
bertukar haluan
Ya, hanya malam ini.

Seekor itik bersenandung sayu
kerana kolamnya telah kering
penjaga taman mengingatkan
berkunjunglah ke sini
Kau tak perlu curiga
pemburu malam telah dikurung.

Kekasih, usah menjauh dari
air sungai yang mengalir
seperti doamu tak putus-putus
sedekah dan pengampunanmu
jembatan memanjang ke samawi.

Bagaimana aku menjawab salammu
kau penabur bibit fitnah
di hujung lidahmu
sebagai pemburu malam penyimpan dendam

Muhammad adalah Kekasih Allah
pintu keselamatan langit dan bumi
rahmat seantero alam
yang minum dari air samawimu
tak akan pernah puas.

Malam-malam Ramadan
bayangmu sedikitpun tak akan
memaling kalbu seorang khadim dan Ansar.











No comments:

Post a Comment