Siang turun bagai selembar kain
berwarna lalu perlahan-lahan bertukar
warna matari sirkah yang lembut.
Suaramu berkepak dan berkumandang
di angkasa raya bulan Ramadan
aku memadang ke sukma samawi
seakan berkata, aku sendiri di sini
kirimkan tamu-tamumu.
Ya Rabbi, kalau aku mengulang-ulang
kecintaan ini pada-Mu
kerana aku masih di sini
menyempurnakan puasa
untukmu.
Aku telah jauh mengharung lautan
dan benua
di tanah pribumi ini
kuda semberani dan gazel
kubawa pulang dan makan berbuka.
No comments:
Post a Comment