di dalam udara pagi kau berceramah
kekadang habis sebelum jalan-jalan penuh
traffik.
tiap hari kalau tak hujan daras subuh
dilajukan kerana semua orang bergegas
nak kerja. apa lagi kalau jualan sendiri.
kesabaran jadi tipis. Tak kira bangsa
memulai hari mesti tepat
datang lambat ditegur bos.
di bandar besar, biasalah melayan diri
di kedai mamak atau gerai kecil di pinggir jalan.
ketika kawan-kawan datang dari jauh
kami tak masak di rumah
makan di luar adalah suatu kelaziman
menjamu di rumah memang jarang
dan tak biasa kecuali ada acara pengajian
jadi, kau tak usah heran kalau kau
sekeluarga diundang makan di luar.
kalau makan berdua, lama tak jumpa kawan
pulang nanti jangan tak tampau nasi
kalau tak mau mendengar yang pedas-pedas.
No comments:
Post a Comment