Friday 27 April 2012

Pergolakan Titan (ITBM)

Sebentar lagi seperti nafiriakan ditiupkan
pintu langit terbuka seluas mata melihat
bumi terkuak rahsiamu tersingkap ke dasar.
Lautan telah gempar gelombang samudera
nyala api bertambah besar menjangkau rimba raya
debu-debu bertebaran menjadi jerebu tak terkawal
riuh-rendah sepanjang jalan di kota demontrasi
pemukimnya telah mulai kehilangan akal.

Tiada gelak dan tawamu sejak malam durjana itu
tiap gerak tipu muslihat telah menetas di dalam kelam
Pergolakan titan di gelanggang terbuka telah bermula
di kiri bunga kemuning dan di kanan bunga  kemboja.
Sekarang dipersiapkan lambang dan peringatan tiap kubu
saudara kami pula mengikat kain kuning di kepala.

Tempik-sorak memenuhi rimba raya di tanah peribumi
siasat peti pandora teruji sekali lagi disaksikan .
Korus itu mulai berkumpul di lorong-lorong kota"
Berita ulang-tayang, sekarang musim ketagih.
Di pinggir kota metropolitan yang sibuk dan tak lelap
ibu tua berdoa memandang langit selepas hujan siang
lalu berkata, "51 tahun lagi untuk genap sekurun."

Canberrra
26 April 2012
*ITBM

No comments:

Post a Comment