Tanah ini senantiasa subur
dalam semua musim.
Benih yang disemai
tumbuh menjulang ke langit.
Di sini bertuduhnya musafir
mendakap mimpi.
Cengkaman kakimu seluas benua
dakapanmu seluas langit.
Lembah hijau
keindahan yang sempurna.
Sentuhan-Mu
air yang mengalir ke taman.
Canberra
23 April 2012
No comments:
Post a Comment