Sunday 21 June 2015

Meraih Takwa Bulan Ramadan

Kau berjuang sejak hari pertama
meraih takwa dalam bulan Ramadan
kebahagian rohaniah amal sempurna
kerana-Mu puasa ini dikerjakan.

Dalam takaran waktu berjalan
kau ucap tahmid, tasbih dan tahlil
dan kau bina benteng kuat
yang tak roboh dimakan waktu.

Semua yang kau lakukan demi
Allah Empunya bumi dan langit
tiap kelalaian hadir dalam diri
akan dibenamkan didasar sukma.

Tiada kehormatan kepada mereka
membawahkanmu kerana kau berpuasa
Allah menjaga jemaat yang saleh
tak samakan dengan penentang kebenaran.

No comments:

Post a Comment