Aku mendekati-Mu dalam tenang Ramadan
Kau memanggil dan memberikan harapan
samawi mendengar doa tengah malammu
mengalir kalbu yang sedar dan pasrah.
Telah kulepaskan belenggu dunia
kerana jawabnya hanya ada pada-Mu
noda-noda yang bertukar malam
telah beralih meninggalkan langit siang.
Gempa di tanah sukmamu telah berlalu
janji kemenangan hanya mengenal-Mu
kekerasan adalah tindakan merugi ummah
biasakan lidahmu berzikir Illahi dan istighfar.
No comments:
Post a Comment