Thursday 9 October 2014

Purnama Penuh dan Gerhana Berlalu* (UB) (Ketuhanan)(Terbit)

Dalam doamu kau melepaskan
kesakitan-kesakitan manusiawi
segalanya tergeser di dalam
kata  kalimat
di padang  yang
maha luas kau ditinggalkan
suaramu terpergap di halkum
dan terhukum
kegelisahan yang tak tertahan
sukmamu bagaikan
terbakar tanpa perlindungan
kau mencari
tempat berteduh sekalipun
hanya bayang-bayang
seakan berdiri sebagai tembuk.

Kau datang menyempurnakan
mimpi
kerana terpanggil dan pasrah
inilah perutusan dan ujian
tapi, kau tempuh dengan taat
kelemahan manusiawi
kau tak akan berganjak
gerhana berada dipuncaknya
saksi-saksi
terpanggil dan menjawab
keindahan suatu malam
menyingkap makna
dan harapan.
Wahai Gazel,
di lembah pergunungan ini
kau selamat
dari dataran ini kau melihat
purnama penuh dan gerhana berlalu.
Ia adalah Maha Pelindung
dan Maha Perkasa.

*Tersiar Di Utusan Borneo 12 Oktober 2014



No comments:

Post a Comment