Wednesday 1 October 2014

Puisi Buat Sahabat Asmira Suhadis di Wad 5c (katil12), AH.* (Dedikasi)

Malam ini langit tak berinai
Bulan turut gelisah di serambi sukma
ketika angin pergunungan mengutuk pintu
ketenangan lautan terusik dan rangkaian
pulau mutiara seperti bertafakur
mengenangkanmu.

Gema suara dan dekurmu
seperti ombak di tepian pantai
di hujung musim gelora.

Bertahanlah hanya tinggal sedikit
kau telah menyeberangi sempadan
memang tanahnya tidak rata,
berbukit curam dan tak bersahabat.

Kau dijanjikan pelangi selepas hujan
puluhan sukma mengirimkan doa
pasti ujian ini akan berlalu
Inayat-Nya tak akan melepaskanmu pergi.

No comments:

Post a Comment