Thursday 30 October 2014

Belayarlah Lepa-lepa* (UB)(Suasana)(Terbit)


Belayarlah lepa-lepa
aku ingin
lautmu tenang
melihat purnama
muncul di horizon.

Belayarlah lepa-lepa
cinta bercambah
dalam sukmamu
kau lepaskan
di pengkalan.

Belayarlah lepa-lepa
di situ pernah
seorang hawa
kehilangan samuderanya.

Belayarlah lepa-lepa
memandang langit malam
seperti mengundang
mimpi dan impian.

Belayarlah lepa-lepa
samawi berbisik
ke daun telinga
kerinduan musafir
melihat tanah leluhur.
.
Belayarlah lepa-lepa
nahkodamu
tak menghirau ribut taufan
kerana di pusar lautan
ada sebuah pulau
di situ
pengkalanmu terakhir.

*Tersiar Di Utusan Borneo 8 March 2015



No comments:

Post a Comment