Wednesday 5 June 2013

Terbanglah Burung Terbang*(ALBDM)

Terbanglah burung terbang,
aku telah melepaskanmu
dengan kasih sayang dan
terbanglah, burung terbang,
kerinduan padamu adalah
seperti menunggu siang
bertukar malam dan malam
pula bertukar menjadi siang.
Ingin kupercepatkan waktu
dari siang ke malam
malam ke siang.

Terbanglah burung terbang
kau pasti pulang langit luas,
kerana setelah langit ada langit
setelah itu masih ada langit
dan langit itu tak akan pernah
kehilangan langit dan langit atas
langit.

Di belantara sepi itu kau
datang bukan membawa
kematian. Hutan jati itu
telah bernafas, berdenyut semula.
Terbanglah burung terbang
pedulikan musim silih berganti.
aku telah melepaskanmu dengan
redha.

Kota Kinabalu
5 Jun 2013

*Antologi Puisi, 'Lirik Bulan Di Sukma Malam', Sabahuddin Senin dan Kamaria Buang, Borneo Top Publishing House, 2013

No comments:

Post a Comment