Monday 14 September 2015

Musim Jerebu Datang Lagi (Malaysia)

Taman kanak-kanak telah sunyi
sekolah sepi dan pintunya dikunci
tiada lagi kedengaran sorak-sorai
burung-burung berhijrah di tanah asing.

Ketika ditanya pada orang lalu selepas kerja
mereka mengangkat bahu mengeryik mata
lalu menuding kepala arah ke tanah seberang
tanpa komen atau menambah sepatah kata.

Musim Jerebu datang lagi seperti tercatat
dalam kalender kerja tahunan peribadimu
ketika jerebu menguasai ruang udaramu
kau tinggal termangu membayangkan esok.

Semua bilang musim jerebu kepala kami berat
seperti tergantung di leher dan memberat di dada
nyata jerebu ini bukan hukuman dari samawi
tapi kerja-kerja tangan orang-orang tak peduli.

No comments:

Post a Comment