berapa sempadan telah kau masuki memburu mimpi
kau tak peduli lapar dan haus, cuaca dan layanan buruk
yang lain membawa mimpinya terdedah di siang hari.
Sekarang kau tak sendiri kerana ramai berdatangan
tiada pohon berlindung dirimu bagaikan telanjang
wanitamu mendakap bayi derita ini dikandung bersama
kejayaan di pintu akhir bermakna langit bumi baru.
Sekali peluang itu datang bergolek ke arahmu
kau harus bingkas berdiri dan merebutnya sendiri
malam dan siang seperti tak pernah letih dan sakit
di sini mereka berkumpul memadu kekuatan terakhir.
Mereka cemas ke arah mana perjalanan ini selanjutnya
dipulangkan kembali jauh dari impian mereka sekarang
sepasang keluarga berjalan kaki meninggalkan Budapest
masing-masing ingin di baris paling depan di pintu Austria.
No comments:
Post a Comment