Monday 24 November 2014

Kasih-Sayang Bumi* (UB) (Cemar)(Terbit)

Hujan telah berhenti
bumi meresap
dengan kasih
sejak turun-temurun.

Hari ini bencana telah datang
dalam satu malam wajahmu berubah
Kau, datang
bukan membawa kedamaian
sukmamu penuh api dendam

Di malam petualang
kau mengaum
tanpa sempadan.
Maut berjatuhan
kegilaaanmu telah
merampas kedamaian.

Dari mulutmu
memuntahkan api belerang
tindakanmu
sebenarnya kekalahan
kau telah menuntut
yang bukan hakmu.

Kasih-sayang bumi
telah teruji lagi
kurun-berkurun
ia mengandung
kebiadapan dan
menyerap kebohonganmu.

Bumi, kau tetap sabar
kerana di dalam diam-diam
kebenaran itu tumbuh
dari bumimu
dan samawi tak akan
meninggalkanmu sendiri.


*Tersiar Di Utusan Borneo 18 Januari 2015


No comments:

Post a Comment