Monday 24 November 2014

Hujan Menjelang Maghrib*(AMNS)

Semalam petir dan guntur
seperti perang telah mula
meranapkan kemanusian
menjadi pasir.

Kegilaan itu
penyesalan
tak ada jalan pulang.

Malam gelap
ia menabur
benih-benih durjana
memujukmu
di persimpangan.

Inayah-Nya gemilang
dan tak akan terkikis.

Keangkuhan
tak akan membuahkan
harapan
hanya kemusnahan
dan penzaliman berkurun.

Kau
mendambakan
kebenaran.
Dan ia
tak akan terubah
satu iota pun
kekayaan firasat dan
tazkirah selepas subuh.



No comments:

Post a Comment