Thursday, 6 November 2014

Berpulang Badak Sumbu*(NST) (Cemar)(Terbit)

Di tanah peribumi, rimba raya berkabung
Langit dan lautan menitip salam takziah
Suatu petang angin malam berhembus
Mengoyangkan dahan-dahan pepohonan
Sebutir bintang gugur, menipis
Hilang di cakerawala.

Aku mengenangkanmu kerana
Bumi telah memanggilmu pulang.
Di hutan ini, kesunyian telah
Menyerap sampai ke liang sukma.
Pemergianmu adalah satu kesedaran
Mengalir dalam terowong waktu.

Aku tak dapat membayangkan
Sebutir peluru menembusi tengkorakmu
kau terhukum dan
Kematianmu di perangkap samar,
Di tangan pembunuh yang
Berselindung dalam kegelapan malam.

Kota Kinabalu
9 Februari 2014

*Tersiar New Sabah Times 7 Jun 2015