Monday 20 January 2014

Kata-kata Gundah* (Kata)(Metamorposis)

Malam-malam kelelawar
merontah dalam diam
ketika langit menjauh
kata-kata berubah wajah
bagai butir-butir bintang
berserakan dan pudar.

Gunung tak pernah bersandar
tanah lembah terhakis
sebuah pulau terasing
di laut
samudera.

Kerana di bawah bumbung itu
kita pernah bermimpi
melangkah dan berkepak
mendaki gunung salji
dan menuruni lurah dan
lautan teduh.

Aku kembali mendakap dan
menyelamatkan yang tinggal
kau telah berubah
di langit masih terus bergenang
dan sejarah terusik
sekarang dan seterusnya.

Kota Kinabalu
18 Januari 2014




No comments:

Post a Comment