Sunday 19 August 2012

Pulang (Boat People)


Berapa musim telah berlalu
awal syawal di langit 
sungai Tigris dan Euphrates 
tak berubah cuma airnya kurang.

Terasa hujan menitis
pada siang jerebu
aku pulang dan 
menciummu, Mesopotamia.

Semalam aku telah berlari 
menyongsong angin
-sepantas kuda 
menerjang ke depan
tanpa sempadan, 
menerobos ke dalam lautan
menipis ke samudera langit
berteduh di rembulan
turun dalam cahaya
di kepulauan pasifik.

Tak perlu keramaian 
di lapangan terbang.
Dari telefon lalu turun
ke mulut sampai 
ke gerbang kota purba.

Gazelku, 
kesabaranmu, 
telah hijau
dalam matamu
mata yang tak pernah meminta.
Aku telah membunuh 
raksasa itu
dan sekarang,
aku pulang kepadamu.

Canberra
20 Ogos, 2012











No comments:

Post a Comment