Sunday 15 July 2012

Salam Ramadan*

Setiap hari begitu banyak
kata-kata terhambur
seperti kulit beras
berserak di hamparan
semakin hampir

kelazatan dunia
tertahan di halkum
sedangkan nafas
kendur dalam
bunyi mendatar.

Malam itu akan tiba
bual pun berkurang
aku mengisi
kata-kata dan kalimat
dalam sebutan
paling manis
dan merendah
terpanggil memberi
salam Ramadhan
pada setiap pintu.

Canberra
16 Julai 2012



No comments:

Post a Comment