Monday 30 July 2012

Perubahan Bulan (Iklim)

Pagi di ubun-ubun 
lembut dan segar.

Kau mengusik cahaya
di celah-celah dahan
lalu jatuh mencercah kolam.

Ketika mentari naik
di timur
kami gembira
berbicara tentangmu.

Kalian yang terdahulu
adalah kejora gemerlapan.

Bila mentari turun
di barat
kami bersedih
kerana makin kehilanganmu.

Kau memanggil kami
orang yang sangat perasa
mengikut iklim
dan perubahan bulan.

Honiara
31 Julai 2012
*ITBM (Bahagian II)

No comments:

Post a Comment