Menjelang malam pertama
ketika senja telah berundur
masuk ke dalam kelam
langit pun berisyarat
tiap mata berhisab
kelahiran disambut
dalam doa-doa kesyukuran.
Wajah-wajah anak
duduk berkumpul
memasang lilin
turut meraih datang
bulan Ramadan
menunggu tarawih.
Hening lorong-lorong malam
langkah-langkah kaki suci
masjid harum ibadat
teralas sajadah
disiapkan
penjuru itikap.
Suara ibu dan nenek
lembut dan sentuhan
malaikat
tiap kucup di kening
pada ubun-ubun kepala
harum bulan Ramadan.
Ya Rabbi,
segala puji pada-Mu
kerana aku masih di sini
dan menyeru nama-Mu.
Canberra
17 Julai 2012
No comments:
Post a Comment