Ramadan
masuk ke dalam sukma
aku kehausan
turunlah hujan semi
biarkan sekujur
badan ini basah.
Aku memang
kekasih tak sempurna
kekadang terdawat
terlanjur dan terkata.
Dalam remang malam
kebaikan sedikit
menjadi sekelip cahaya
jalan terang kepada-Mu..
Aku telah mengalih
dari memandangmu
kerana di sini
hanya Ia didengar
Ramadhan mubarak.
Canberra
16 Julai 2012
No comments:
Post a Comment