Sunday 5 June 2011

Nyanyi Nenek (Mama)

Nenek berpesan,
'Tak apalah,
dari dulu nenek sendiri.
Dodoi anak, tidurlah,
malam telah jauh.
Hujan telah berhenti.'

Balas anak,
'Mak, lihat kami sekarang,
bergelang emas dan bertanah.
Anak-anak dah besar ke universiti.
Aduh, Mak, kenapa berbaju lusuh
di majlis perkahwinan.'

Cucu-cucu bernyanyi korus,
'Untuk mama dan ayah,
kami lengkapkan,
dijauhkan kemiskinan
dipohon derajat dan mewah.
Buat nenek, bukan kami.'

Maaf nak, cu, nenek makan bersepah,
berbaju lusuh, jarang mandi,
berselipar getah.
Untunglah kamu.

'Tak apalah,
dari dulu nenek sendiri.
Dodoi anak, tidurlah,
malam telah jauh.
Hujan telah berhenti.'

Canberra
5 Jun 2011
*Dikirimkan kepada Badan Bahasa Sabah Cawangan Sandakan untuk penerbitan antologi puisi pada 6 Februari 2013

1 comment:

  1. nyanyian nenek...sedih..
    airmata tidak lagi jatuh di pipi
    tapi terjun ke dalam hati.

    ReplyDelete