Tuesday 7 June 2011

Lambaian (Ketuhanan)(Suasana)*

Aku mendatangimu kerana Allah membenarkan pintu itu terbuka
dalam nafasku doa itu terpaut dalam gelombang udara.

Kau pun menabur rangkaian doa terusik dari genta rasa
dari kental madu yang menitis di hujung lidah, manisnya zikirullah.

Oh, malam bintang kejora, aku terpanggil
dalam mimpi yang lunak, kudakap-Mu dalam tahajjud.

Canberra
8 Jun 2011

1 comment: