Saturday 4 June 2011

Bualan Pagi Minggu (Ketuhanan)

Kita bersaudara, kebaikan langit juga kesuburan bumi
rosak akar pepohonan, kesakitan dan maut
kerana kasih selalu kuingatkan datangnya musim semi
bukan apa-apa, sekedar menyingkap tabir, membuka jendela
merelakan cahaya bersimbah masuk ke dalam rumah.

Mengapa merasa bersalah dan memohon maaf
kalau itu hanya sepak-sepak batu di jalanan
ketika duduk berbual kata tak berdinding
sambil melihat diri di depan cermin memenyek hidung.

Canberra
5 Jun 2011

2 comments:

  1. maaf kan, kalau aku menceroboh laman mu tanpa undangan, bukan hanya di laman, malah aku mencium harum bunga di taman...

    ReplyDelete
  2. terima kasih, pintu laman ini selalu terbuka pada mu aslinahali. datanglah selalu.

    ReplyDelete