Sunday 7 February 2016

Menghalau Cahaya (ISIS)

Kau telah menghalau cahaya murni ini
dan kau tak ambil peduli akibat tindakanmu
langit dan bumi tak akan menurut kemahuan
suara-suara penzalim dan pendera makin buas.

Kerana kau telah  berada pada bukit tinggi
berfikir kau tak akan turun ke bumi nyata
kelancanganmu seperti kau tak akan pernah turun
kerana dalam takaran waktu lautmu akan berubah.

Ketika kau mengobar-ngobar kemarahan massa
kau lupa langit akan mengirimkan peringatan
kerana membuat api supaya cepat membakar
dan memusnahkan  tempat berpijak dan langit biru.

Kata-katamu tak ada kedamaian penuh dendam
amarahmu seperti letusan gunung berapi tak berhenti
belum redah masih mencari mangsa di bawah langit
sekalipun peringatan itu telah sampai padamu.


No comments:

Post a Comment