Thursday 21 May 2015

Salam Rohingya Kepada Peribumi (Boat People)

Saudara peribumiku, maafkan aku kalau kau mencium
bau busuk tubuh ini kerana telah berhari-hari
dimakan matahari di tengah lautan.

Aku tak akan tersindir kalau kau menutup hidung
lalu menghulurkan sebotol air mineral dan sebungkus nasi
rasa malu tak kuhiraukan lagi kerana kelaparan.

Kau belum tau kami selama ini
Rohingya, orang tak berbangsa
mereka membunuh Rohingya
dan mengosongkan tanah Arakan.

Bukan kemahuan kami melangkahi sempadanmu
pendeta-pendeta semankin lancang suaranya
bahasanya kesat, kurang ajar dan lucah
dan telah menyesatkan negeri berbangsa-bangsa.

Kami digulung gelombang samudera
daratan tampak seperti menjauh dan impian kami
seperti tercampak ke dalam lautan yang dalam.

Saudara peribumiku, kau telah memberikan
tanah untuk kami, Rohiongya berpijak
dan langit untuk kami pula menyematkan
mimpi pada bintang malam.


No comments:

Post a Comment