Wednesday 24 September 2014

Firasat Merdeka*(Merdeka)

Gerhana telah muncul
menyempurnakan isyarat
seribu tahun penantian
langit tak mudah menyerah
dari masa silam suaramu
tetap kasih-sayang.

Kau tak akan berubah
menukar warna kulit
memang alam ini pun
ada keindahan menawan.

Musim gempa
di pergunungan
maut berjatuhan
tapi, kau terus mendaki.
di garis penamat
hanya dirimu
hanya dirimu.

Kau memilih kedamaian
ini bukan tanda kelemahan
dan bukan pula kekalahan.

Kau tak pernah
memilih kekerasan
apa lagi kezaliman
dalam kedamaian
ada muafakat.

Tiap perjuangan itu
adalah pengorbanan
dan kerana perjuangan
kau pun merdeka.

*Dikirim kepada KST 12 Augsut 2015







No comments:

Post a Comment