Sunday 18 December 2011

Sepotong Lidah (Pasifik)


Di sebuah restoran tanah air
aku duduk memesan semangkok
sup lidah.

Duduk di sebelah meja
juga memesan sup lidah.

Resepi kampung
mengundang selera.

Di sini orang jauh, drebar teksi, bus
dan orang ofis menjamu selera
mereka makan berkeringat
restoran di pinggir jalan kota.

Tukang masak terbaik
mengauli rempah
cukup dengan takarannya.

Alahai, sepotong lidah
lembut tak bertulang
kuah seribu rempah.

Aku senyum menatap
teman pelanggan makan
kerana selera kami akur..

Ya, sepotong lidah
betah berzikir
lidah orang yang soleh
lidah tak pandai mengata.

Segumpal daging,
sup lidah semangkok penuh
di depan meja.
mataku tak gusar
liur menitis dan meneguk puas.

Teman makan menghirup
ia puas.

Bagaimana sepotong lidah
dari  lidah berzikir
lidah tak habis mengata
asalnya lidah!

Kuhirup  sup lidah
sambil mata
rasa bersalah
dan bimbang.

Makan saja
mengapa berfikir begitu
inikan lidah yang sudah dihiris-hiris
lidah lembu betina.

Kutatap mata
teman sebelah
keringatnya  menitis
ke dalam mangkok
sup lidah
kuahnya tohor
dan tak habis-habis
bersendawa.

Honiara
19 Disember 2011

No comments:

Post a Comment