Tuesday 13 December 2011

Kedipan Cahaya*(ITBM)


Selepas fajar laut tenang
aku mengenangmu
langit kulipat
sepotong harapan.

Meskipun jauh
masih mendengar suara
denyut nafasmu, perlahan.

Di pinggir malam
aku pun melihat
merah jingga
salammu.

Mimpi-mimpi terbang
jauh ke bintang-bintang
terasa mencium tanganmu.

Sebuah rindu
adalah kedipan cahaya
ketenangan dan
pelipur lara.

Honiara
11 Oktober 2011

*ITBM Jun 2015

No comments:

Post a Comment