Friday 16 December 2011

Anjung Zikir (Pasifik)

Apa nak kau katakan
si burung merak
aku pun tak ada selera
untuk berbual bicara
lebih baik menikmati
lazatnya sebiji mangga.

Pulau ini, telah
lama sendiri di laut biru
dolpin kejar-mengejar
kegirangan di desa Losiolen.

Hujan telah berhenti
rahsia langit tersingkap
hati yang mendambakan.

Di perladangan subur
kita sabar meraih hasilnya
air mengalir
 resah tanah digenapkan.

Honiara
16 Disember 2011

*AP Volume 1, 2013

No comments:

Post a Comment