Tuesday 13 December 2011

Bualan Ombak*(ITBM)

Ketika sedang menunggu
kami berbual
gumpalan awan sarat
langit terperah
ketenangan terusik
jauh di pulau terasing.

Bulan Disember
bual kami terputus
ada kiriman
tak terlalu banyak
cukup menghibur
malam yang gundah.

Kami masih
menaksir alunan ombak
malam seribu kunang-kunang
tatkala gelisah rimba redah
bagai alir sungai selepas hujan.

Marulan
Central Province
Russells
13 Disember 2011

*ITBM Jun 2015

No comments:

Post a Comment