Tuesday 13 December 2011

Indah (Pasifik)

Bagaimana aku lupa segala
tiada suatu yang indah
selain Engkau.

Kekasih,
usah kau beriak rasa
kerana aku
datang kepada-Nya.

Dari tanah
tumbuh bunga-bunga harum
taman warna-warni
segalanya dari-Mu.

Ke mana saja kulihat
zikir puji
mengingati-Mu.

Keelokan alis mata
kegirangan kijang
di lembah-Mu, memang indah.

Kulihat pada purnama
adakah yang dapat
meniadakan keindahan-Mu.

Kecantikan-Mu
membuat aku lupa pada segala
Kasih-Mu
membuat aku lupa
pada yang kasih.

Keindahan itu
warna dari
campuran seribu manisan
dan wangi bunga
semuanya dari-Mu.

Honiara
10 November 2011

No comments:

Post a Comment