Sunday 14 April 2019

Kata-Katamu Retorik*

Kata-katamu retorik dan penonton mendengar
tak usaha berfikir jauh dan mengerutkan dahi
engkau dibuai dengan bunga-bunga kata
membawamu terbang ke puncak impian

Ke mana pun engkau menoleh suara itu
seperti bintang-bintang kecil berwarna-warni
bertebaran seperti bunga-bunga api sekelip dan menawan
walaupun ia hanya singgah sebentar mengusikmu.

Tiap majlis engkau tampil gah
tanpa sandaran dan tongkat di tangan
gema suaramu bagai serdadu-serdadu
menurut perintah dan melaksanakan.

Sekarang engkau tak menunggu jemputan
kehadiranmu tak pernah membimbangkan
kerana penonton tetap akan hadir dan bertepuk tangan
setelah itu bertanya kami belum puas dengan pidatonya.

Kota  Marudu
April 2019




No comments:

Post a Comment