Kau tak akan terangkat membawa
masa silam ke dalam mimpimu
bagai gunung kukuh dan bertahan
rahsia-rahsiamu larut menjadi tanah.
Ketika langit bertukar musim
kau mencari pulau bersembunyi
di tengah laut samudera dan ribut badai.
Tiap kekasih punya pulau sepi
tak kira pulau itu setitik noktah
terlalu kecil di tengah lautan atau
bersendiri pada gunung kukuh dan bertahan.
**Puisi ini dikirimkan untuk antologi pertama Kosas yang dikumpulkan oleh Shirley, Disember 2013
No comments:
Post a Comment