Friday 27 December 2013

Dalam Cahaya* (Ketuhanan)

Malam itu kau pergi mencari
di sepanjang jalan
berlabuh di sebuah pulau jauh
rembulan penuh memisahkan
yang terselindung dan terdedah
dalam cahaya murni.

Kau melangkah dan melihat
seperti mencari suatu yang hilang
Sukmamu bagaikan radar
lalu ada seseorang
bertanyakan .
Mengapa mencari di sini
tidak di tempat lain?

Kau tak mencari
yang hilang kerana
dalam kegelapan pekat
kehadiran cahaya
purnama penuh adalah
kebenaran.

Kota Kinabalu
28 Disember 2013



No comments:

Post a Comment