Friday 3 May 2019

Minum Pagi

Kami minum 
sambil menelan
lawak sendiri. 
Hujan pun turun
hiasan hari sebelum berangkat
Tiap wajah ada rahsia sendiri
Pohon jazbah tumbuh dalam kalbu
Iradah dan tawajuh adalah purnama
kasih sayang di puncak gunungmu


Usah ditanya ke mana selepas ini
Lafaz nazam meredahkan api sengketa
Cerita malam pun tersingkap
Ramadan pada lautan doa
diam dan merenung
Kata demi kata tersirat
Salawat dan salam
Cinta rasul
dan Tauhid Ilahi
Hidup, dalam perjuangan 
Tanpa sempadan.



Kota Marudu

Mei 2019

No comments:

Post a Comment