Wednesday 9 December 2015

Keretapi ke Stesyen Aotsuka*(Lanskap)(NST)(Terbit)

Nagoya, malam itu seperti mimpi
di bumimu aku tak pernah bimbang
tiap sudut dan pertanyaan membawa
ke halamanmu.

Selembar kertas dan catatan telah
memberi cahaya pada sebuah harapan
kau tak perlu gusar kerana aku tak akan
hilang dalam kegelapan malammu.

Keretapi meluncur membawa sukmamu
ke halaman kekasih. Kau papah rindu
melintasi lautan lalu menerobosi dingin
musim gugur.

Di perhentian terakhir sepi telah berendam
langit tanpa bintang seperti menjauh
tapi ketika aku memasuki halaman
kau menunggu sebagai tuan rumah yang tertib.

*Tersiar Di New Sabah Times 24 January 2016


No comments:

Post a Comment