Wednesday, 4 January 2017

Musim Banjir (Gundah Air Dan Panah-Panah Hujan)(HE)*

Musim banjir
dingin turun
menyerap ke hujung kaki
dan bergenang di kalbumu
terkurung di dalam rumah
malam panjang
siang menunggu
air surut.

Belum ada tanda-tanda
hujan berhenti
tiada khabar jiran sebelah
di pojokan ada
anak kucing baru lahir
sejak pagi
anak-anak telah
berbaju seragam
sekejap-sekejap menjenguk
jendela.

Nadi air berdenyut cepat
pohon jambu tenggelam separuh
matamu memandang arah ke dapur
musim demam dan selesma
gelisahmu
terbayang pada anak mata.

Nilai
5 Januari 2017

*Disiarkan oleh akhbar Harian Ekspress 22 January 2017