Thursday 24 November 2016

Rohingya, Kesabaranmu (HE) (Rohingya)*


Keramaian desa-desamu dalam satu malam
berubah wajah seperti halaman yang ditinggalkan
kau tak melihat mata jiranmu ketika lalu
api amarah membakar tanah Arakan.

Kau telah membunuh mimpi-mimpi Rohingya
menyiksanya seperti haiwan buruan dan
jalan pulang telah ditutup dan kau
menjadi algojo yang paling kejam.

Rohingya, duka-laramu lambang kesabaran
semangat hidupmu tak akan dipadam
sejarah bangsamu dan persaudaraan sejagat
telah hidup dalam mimpi Rohingya anak-anak bangsa.

Kezaliman yang ditimpakan padamu
akan pulang kepada mereka
dan kemenangan yang diraih itu
hanya bertahan dalam waktu sedetik.

Rohingya, kesabaranmu akan melukai
musuh-musuhmu yang durjana
dan mereka tak akan bertahan
kerana bumi sendiri tak akan merelakan.

Nilai
Oktober 2016

*Disiarkan Harian Ekspress 27 November 2016





No comments:

Post a Comment