Saturday, 6 August 2016

Laut Yang Menyimpan Rahsia (Kumpulan Puisi Indah)*

Kau mencari pantai benua baru
gelombang laut telah membawamu
jauh dari pelabuhan leluhur
dan kau lupa menghitung lamanya
pelayaran ini.

Ketika malam mimpi-mimpi silam
seperti diputarkan kembali
datang menghendap dalam
mata tuamu
matahari menyaksikan kembara ini.

Kau ingin menyudahkan keinginanmu
sekalipun kau akan terdampar
di bumi mana
yang kau harapkan purnama tak akan
disingkirkan dalam hidupmu.

Di pantai benua baru
kau menoleh laut yang
menyimpan rahsia kembaramu
dan suara-suara lampau masih
ingin mencuba mengharung lautan.