Friday 5 August 2016

Kemenangan (Kumpulan Puisi Indah)*

Siang terpampang luas di depan mata
tak perlu pertanyaan kerana semuanya
tak ada rahsia dan tak perlu penerangan
kini ia telah nyata dan terbuka.

Tak perlu kata untuk menjelaskan
aku telah menghantar pesan dalam diam
firasat turun seperti hujan di siang hari
dapat dirasakan dan dimegerti.

Kekayaan batinmu membuka jalan
meraih puncak pada mimpi-mimpi benar
kau tetap melangkah dengan tawakal dan
tawajuh tanpa merasa tersiksa.

Aku tak memerlukan pertolonganmu
kerana samawi telah cukup membuka
pintu seluas-luas tanpa  menghadang
kemenangan itu dan ia tak dapat disangkal.

Nilai
Ogos 2016

No comments:

Post a Comment