Kau telah melukaimu
bermakna kaulukai diri sendiri
tanpa kausedari kau menghiris-hiris
kulit kata-kata lalu kau diingatkan
jangan beralih derhaka.
Kau pernah berjanji
meletakkan mahkota di menara
dan tak akan mengambil hak
kata-kata lalu mempersendakan.
Aku masih ingat
ketika kata-kata menjadi
bayang di layar perak
sukmamu telah terpedaya
kerana tipu helah Rawana.
Tapi kini kata-kata turun
sebagai tangan kasih-sayang
nafasmu adalah kedamaian
mindamu, burung keamanan
sukmamu, baiat yang dilafazkan.
Kata-kata telah mengalir
sebagai firasat yang tak pernah
kering, dan aku tak akan
pernah kelelahan dan sejak itu
aku dan kau tak pernah dikalahkan.
19 March 2014
*ITBM Jun 2015
No comments:
Post a Comment