Senja menggulung siang
malam turun bagai maharaja
ketika taufan angin, pecah gelombang
gemuruh hutan
suara tersekat di halkum.
Selepas fajar,
siang bagai telur menetas
buat sehari ia kumpulkan
kata-kata secukupnya
lalu diam.
Menjelang senja
musafir di tanah gurun
perlahan-lahan terangkat
ke atas, terlepas dari graviti.
Kota Kinabalu
28 November 2013
*Tersiar Di Utusan Borneo 30 November 2013
No comments:
Post a Comment