Sunday, 3 July 2016

Kegilaan (ISIS)*

Suaramu jangan senyap, berdiri dan protes
ia tak sekuat yang kau fikirkan
apapun yang ia katakan itu
semuanya kebohongan dan tak berlandasan.

Sering wajahnya bertukar tapi
jelas tak ada kemanisan dalam dirinya
tak ada jaminan, langkahnya longlai
benihnya tak berakar tunjang.

Kau tak perlu takut dan gusar
dan jangan sekali membuka pintu
termakan kata-kata sembilu
diucapkan dengan manis gula.

Sungguh, ia tak berjaya dan berhasil
kerana ia tak akan dapat simpatis
dan huluran tangan dari tanah leluhur
kegilaan ini hanya membawa maut.